Wednesday 6 July 2011

ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin Dan Ubi-Ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil lebih banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah seperti nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin, capati, thosai, biskut dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirij mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh dan roti atau biskut.












Monday 4 July 2011

MAKANAN SEIMBANG

DEFINISI

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang memberikan kita tenaga untuk kegiatan harian. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat mengelakkan kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat  adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan keluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Makanan seimbang seharusnya memberi :

  • Tenaga makanan yang mencukupi untuk kegiatan harian.
  • Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
  • Kandungan fiber yang mnecukupi.
  • Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Piramid  Makanan

Apakah itu piramid makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

Berapakah kelas makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia.

  • Aras 1
         Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian

  • Aras 2
         Sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Aras 3
         Daging, ayam, ikan dan kekacang.

  • Aras 4
         Lemak, minyak dan gula.

BAHASA MELAYU TAHUN 2

PIRAMID  MAKANAN



MAKAN  SECARA SIHAT,
SIHAT SEPANJANG HAYAT....



Sunday 3 July 2011

GAMBAR AKTIVITI

GAMBAR  AKTIVITI  SEPANJANG  MINGGU  PERTAMA