suelynnbm smc
Monday, 18 July 2011
Wednesday, 6 July 2011
ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin Dan Ubi-Ubian
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil lebih banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah seperti nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin, capati, thosai, biskut dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirij mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh dan roti atau biskut.
Monday, 4 July 2011
MAKANAN SEIMBANG
DEFINISI
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang memberikan kita tenaga untuk kegiatan harian. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat mengelakkan kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan keluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Makanan seimbang seharusnya memberi :
- Tenaga makanan yang mencukupi untuk kegiatan harian.
- Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
- Kandungan fiber yang mnecukupi.
- Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Piramid Makanan
Apakah itu piramid makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Berapakah kelas makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia.
- Aras 1
Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian
- Aras 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Aras 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang.
- Aras 4
Lemak, minyak dan gula.
Sunday, 3 July 2011
Wednesday, 29 June 2011
MINGGU PERTAMA KURSUS
Taklimat LDP oleh,
- Encik Abdullah Musa (Penyelaras Kursus)
- Encik Effendy Yusof (Ketua Fasilitator)
- Puan Hapsah Magit (Urus Setia)
KURSUS KDP 4 MINGGU
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KUMUNIKASI.
Matlamat.....
Kursus KDP 4 minggu Peningkatan Profesiolisme Program MBMMBI ini merupakan program khusus bagi mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan kursus ini hanya memberikan penekanan ke arah mencapai matlamat kursus iaitu untuk menyediakan guru-guru Bahasa Melayu yang dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu melalui pelbagai strategi.
Subscribe to:
Posts (Atom)